SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Bengkel Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2026-2030
Bengkel Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2026-2030

KOTA KINABALU | RABU, 26 OGOS 2026

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi Tahun 2026–2030 selama tiga hari, iaitu pada 26 hingga 28 Ogos 2026, bertempat di AI Experiential Hub, Aras 9, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

Bengkel ini merupakan usaha membangunkan strategi pembanterasan rasuah organisasi KPSTI bagi tempoh 2026–2030, dengan memberi tumpuan kepada Sesi ‘Brainstorming’ bagi mengenal pasti isu, risiko dan cabaran yang berkemungkinan timbul dalam pelaksanaan fungsi serta penyampaian perkhidmatan kementerian. Sesi ini turut menjadi wadah kepada para peserta untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan dalam mengenal pasti potensi ruang berlakunya rasuah dan salah laku, di samping meneliti kelemahan serta aspek yang memerlukan pengukuhan dalam sistem dan proses kerja sedia ada.

Hasil perbincangan dan dapatan bengkel ini akan dijadikan sebagai input penting dalam proses seterusnya bagi membentuk strategi pembanterasan rasuah yang lebih menyeluruh, berfokus dan berkesan, selaras dengan komitmen KPSTI untuk memperkukuh budaya integriti, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.