SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Program “Ceria Ria Bersama Keluarga”
Program “Ceria Ria Bersama Keluarga”

TUARAN – Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI), Datuk Hassan Mahali, telah menghadiri Hari Keluarga “Ceria Ria Bersama Keluarga” yang berlangsung di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran, kelmarin pagi.

Program anjuran PUSPANITA Cawangan Sabah itu menghimpunkan warga PUSPANITA bersama-sama ahli keluarga bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga perkhidmatan awam negeri.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Pelbagai aktiviti dan acara telah dilaksanakan bagi memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana kekeluargaan dalam kalangan peserta yang terlibat.

Dalam program tersebut, KPSTI turut mengambil bahagian dengan menyediakan pameran berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai salah satu usaha memperkenalkan inisiatif serta perkembangan STI kepada para peserta.

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, ketua-ketua jabatan serta Datin Hajah Yuslaini Mohd Samsuri, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.