SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Fungsi Utama Bahagian

Fungsi Utama Bahagian

OBJEKTIF

01

Memperkukuh pembangunan pendidikan negeri Sabah melalui perancangan dasar, strategi dan penyelarasan pendidikan yang berkesan.

02

Meningkatkan akses, kualiti dan penyertaan dalam pendidikan, termasuk bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan dan industri Negeri Sabah.

03

Memantapkan tadbir urus pembangunan pendidikan melalui pengurusan sumber, data, pemantauan dan penilaian yang cekap, telus dan berkesan.

FUNGSI

01

Merancang, merangka dan menyelaras dasar serta strategi pembangunan pendidikan Negeri Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dasar kerajaan persekutuan dan keutamaan Kerajaan Negeri.

02

Menyelaras pembangunan pendidikan negeri,termasuk pendidikan tinggi, melalui kerjasama strategik dengan kementerian, jabatan, institusi pendidikan dan agensi berkaitan.

03

Merancang, membangun dan menyelaras program pembangunan pendidikan. termasuk pendidikan tidak formal, bagi meningkatkan akses, kualiti dan kecemerlangan pendidikan negeri.

04

Merancang, mengurus dan menyelaras pembiayaan, peruntukan serta bantuan pendidikan negeri bagi memastikan pengurusan sumber yang cekap, telus dan berkesan.

05

Mengurus data dan analisis pendidikan serta menyediakan maklumat strategik bagi menyokong perancangan, pembangunan dasar dan pembuatan keputusan Kerajaan Negeri.

06

Memantau, menilai dan menyelaras pelaksanaan dasar, program dan projek pembangunan pendidikan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

Bahagian Sumber Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab merancang, mengurus dan membangunkan sumber manusia Kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, profesional, berintegriti dan berprestasi tinggi. Bahagian ini berperanan memastikan setiap aspek pengurusan sumber manusia dilaksanakan selaras dengan dasar, peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa.

FUNGSI UTAMA

Perancangan dan Perjawatan

Merancang keperluan sumber manusia, mengurus jawatan, struktur organisasi dan pengisian jawatan bagi memastikan organisasi mempunyai sumber manusia yang optimum.

Pengurusan Perkhidmatan

Mengurus semua urusan perkhidmatan pegawai meliputi pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat, pertukaran, perisytiharan harta , penamatan perkhidmatan, cuti serta rekod perkhidmatan dalam SM2. Juga mengakses beberapa sistem yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

Pembangunan Kompetensi

Merancang dan menyelaras program latihan, pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan pembanguna kerjaya bagi meningkatkan keupayaan warga kementerian.

Pengurusan Prestasi

Menyelaras penilaian prestasi, pembangunan bakat, pengiktirafan serta pembangunan kerjaya bagi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan.

Tatatertib, Integriti dan Kebajikan

Mengurus hal ehwal tatatertib, integriti, kebajikan, motivasi dan kesejahteraan warga kementeriaan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Dasar dan Khidmat Nasihat

Memberi khidmat nasihat berkaitan dasar, undang-undang, peraturan dan pekeliling perkhidmatan awam serta memastikan pematuhan terhadap semua ketetapan yang berkuat kuasa.

Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sokongan pentaddbiran yang cekap, sistematik dan berintegriti bagi memastikan kelancaran operasi harian kementerian. Bahagian ini menguruskemudahan pejabat, aset, rekod, perolehan, logistik serta penyelarasan pelbagai urusan pentadbiran selaras dengan dasar dan peraturan Kerajaan serta mengakses sistem yang berkuat kuasa.

FUNGSI UTAMA

Pentadbiran Pejabat

Menyelaras pengurusan pentadbiran pejabat, kemudahan pejabat dan penyampaian perkhidmatan sokongan bagi memastikan operasi kementerian berjalan lancar.

Pengurusan Aset, Stor dan Inventori

Mengurus perolehan, pendaftaran, penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dna pemantauan aset serta stor dan inventori kerajaan mengikut peratura yang berkuta kuasa.

car-profile-light

Pengurusan Kenderaan dan Logistik

Mengurus penggunaan, pendaftaran, penyelenggaraan, penyelarasan pemandu, tempahan serta pemantauan kenderaan rasmi kementerian bagi meyokong pelaksanaan tugas rasmi.

Perolehan, Sebut Harga dan Kontrak

Menyelaras urusan perolehan kerajaan termasuk pembelian, sebut harga, menyelaras tender di bawah Kementerian seprti Jabatan/Agensi, kontrak dan pemantaun prestasi pembekal mengikut tatacara kewangan Kerajaan.

Pengurusan Rekod dan Dokumentasi

Mengurus penyimpanan, penyelenggaraan, pengarkiban serta pelupusan rekod dan dokumen rasmi kementerian mengikut piawaian pengurusan rekod kerajaan.

Pengurusan Fasiliti

Mengurus bangunan pejabat, ruang pejabat, tempat letak kereta, penyelenggaraan kemudahan serta memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol

Menyelaras penganjuran majlis rasmi, mesyuarat, lawatan rasmi, penyediaan katering serta keperluan logistik bagi program kementerian.

Pengurusan Aduan melalui Sistem i-Adu (BIGONS)

Mengurus penerimaan, penyelarasan, pemantauan dan tindakan susulan terhadap aduan serta pertanyaan pelanggan nagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

FUNGSI

Pengurusan Penerimaan, Pembayaran dan Emolumen

Mengendalikan aliran keluar masuk kewangan kementerian secara cekap dan telus. Ini merangkumi pemprosesan hasil dan terimaan, pembayaran bil, tuntutan serta pembayaran gaji serta elaun kakitangan.

Penyediaan Belanjawan dan Kawalan Peruntukan

Menyelaras anggaran belanjawan tahunan kementerian, di samping memantau perbelanjaan supaya sentiasa mengikut peruntukan yang diluluskan.

Penyelenggaran Rekod, Laporan dan Pematuhan Kewangan

Menyelenggara buku akaun dan menyediakan laporan kewangan untuk tujuan pelaporan, serta memantau pematuhan terhadap Arahan Perbendaharaan dan pekeliling kewangan semasa, di samping memberikan khidmat nasihat berkaitan tatacara pengurusan kewangan kepada kementerian.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.