SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Lawatan Kerja YB Datuk James Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ke Sekolah-sekolah di Daerah Beluran
Lawatan Kerja YB Datuk James Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ke Sekolah-sekolah di Daerah Beluran

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah meneruskan siri lawatan kerja beliau ke Daerah Beluran dengan melawat SK Sungai Nangka dan SMK Beluran, serta meninjau secara dekat perkembangan pembinaan SMK Balaban Jaya. Lawatan ini memberi ruang kepada beliau untuk melihat sendiri keadaan fizikal, meneliti keperluan mendesak sekolah, dan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kemajuan infrastruktur pendidikan di kawasan tersebut demi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi warga sekolah.

Turut menyertai lawatan kerja tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.49 Labuk, YB Datuk Samad Jambri @ Jamri, serta Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Dr. Nancy Ng Yut Kuan. Sehubungan itu, YB Datuk James Ratib menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) dalam memperkasa agenda pembangunan pendidikan, terutamanya menerusi penyediaan dan penambahbaikan kemudahan prasarana sekolah di kawasan luar bandar demi kesejahteraan serta masa depan anak-anak Sabah, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.