SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

SCENIC Impact Gathering (SIG) 2026
SCENIC Impact Gathering (SIG) 2026

KOTA KINABALU | SELASA, 7 JULAI 2026

SCENIC Impact Gathering (SIG) 2026

YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah menghadiri SCENIC Impact Gathering (SIG) 2026 atas jemputan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan ekosistem ekonomi kreatif, inovasi dan teknologi di Sabah. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga SCENIC atas enam(6) tahun pencapaian cemerlang dalam melahirkan bakat baharu, memperkasa kreativiti tempatan serta membuka peluang kepada anak-anak Sabah untuk berkembang dalam pasaran teknologi global.

Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan Orange Economy (Ekonomi Kreatif) sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan, berlandaskan keunikan budaya, kepelbagaian komuniti, bakat muda dan ekosistem digital yang semakin kukuh. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) kekal komited memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan ilmu, kreativiti dan teknologi tinggi, serta optimis bahawa kerjasama erat antara kerajaan, industri, institusi akademik dan komuniti akan terus melahirkan lebih ramai pencipta, usahawan dan inovator yang mengharumkan nama Sabah di persada antarabangsa.

Semoga SCENIC terus menjadi peneraju dalam memperkasa ekonomi kreatif dan inovasi, serta menjadi platform yang melahirkan lebih ramai pencipta, usahawan dan inovator yang mampu mengharumkan nama Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.