SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RASMI YANG KE-75, TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH
SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RASMI YANG KE-75, TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH

KOTA KINABALU | ISNIN,30 MAC 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menghadiri Upacara perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang ke-75, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Musa Aman yang turut di hadiri oleh ketua menteri sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bersama isteri yang telah berlangsung dengan penuh istiadat di Padang Merdeka. Kehadiran beliau turut diiringi oleh kontijen perbarisan daripada Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) yang menyertai acara tersebut sebagai tanda penghormatan dan taat setia kepada payung kedaulatan Negeri Sabah.

Majlis yang penuh gilang-gemilang itu telah dihadiri oleh kira-kira 5 5,000 jemputan serta orang ramai yang berkumpul seawal pagi bagi memeriahkan suasana sambutan. Turut hadir barisan Menteri Kabinet serta kepimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.