SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

PROGRAM IMERSI KECERDASAN BUATAN (AI IMMERSION PROGRAMME) SESI 1: BENGKEL ASAS TERAS (CORE FOUNDATIONAL WORKSHOP)
PROGRAM IMERSI KECERDASAN BUATAN (AI IMMERSION PROGRAMME) SESI 1: BENGKEL ASAS TERAS (CORE FOUNDATIONAL WORKSHOP)

KOTA KINABALU | SELASA, 18 OGOS 2026

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menganjurkan AI Immersion Programme Sesi 1: Core Foundational Workshop pada 17–18 Ogos 2026 bertempat di AI Experiential Hub, KPSTI, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pelbagai fungsi dan keupayaan Google Workspace Enterprise Plus, khususnya dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan penyampaian perkhidmatan awam.

Antara pengisian utama adalah penerokaan Gemini Enterprise, termasuk penggunaan AI untuk membantu tugasan harian, menyediakan ringkasan eksekutif, membangunkan pelan strategik dan aliran kerja audit, di samping mencipta AI Agent yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan fungsi organisasi. Peserta turut berpeluang menjalani aktiviti secara hands-on bagi meneroka bagaimana teknologi AI boleh diaplikasikan secara praktikal dalam tugasan serta mengenal pasti AI use cases yang bersesuaian dengan jabatan dan agensi masing-masing.

Melalui program ini, KPSTI terus memperkukuh kompetensi digital dan keupayaan AI warga perkhidmatan awam Sabah ke arah perkhidmatan yang lebih pintar, cekap dan inovatif.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.