SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

PERASMIAN KONVENSYEN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (SABAH)
PERASMIAN KONVENSYEN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (SABAH)

KOTA KINABALU | AHAD 10 MEI 2026

YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk merasmikan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia (Sabah) yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC)

Konvensyen yang dihadiri lebih dari 700 guru besar dari seluruh Sabah ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan profesional warga pendidik, selain membincangkan cabaran dan hala tuju pendidikan demi melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berdaya saing serta mampu memenuhi keperluan dunia moden.

Pengorbanan dan komitmen para guru besar sebagai tonggak kepimpinan sekolah amat dihargai dalam memastikan sistem pendidikan terus cemerlang dan relevan dengan perkembangan semasa.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hj Raisin Saidin.

Tahniah dan syabas kepada Persatuan Guru Besar Malaysia (Sabah) atas penganjuran konvensyen ini.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.