SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH (KPSTI) bersama ARAS INTEGRASI SDN. BHD. dan Majlis Peluncuran Program Pemerkasaan AI untuk Genrasi Pendidik Baharu
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH (KPSTI) bersama ARAS INTEGRASI SDN. BHD. dan Majlis Peluncuran Program Pemerkasaan AI untuk Genrasi Pendidik Baharu

KOTA KINABALU | RABU, 22 APRIL 2026

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) bersama Aras Integrasi Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini memberi fokus kepada pembangunan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) dengan penekanan kepada pembangunan kapasiti di peringkat sekolah, tenaga pengajar serta institusi pengajian tinggi.

MoU ini bukan sahaja memperkukuh penggunaan AI secara bertanggungjawab dalam pendidikan, malah membuka ruang kepada pemerkasaan pendidik, pemimpin dan pelajar dengan kemahiran masa hadapan yang relevan, selaras dengan nilai tempatan dan tadbir urus beretika.

Usaha ini adalah kesinambungan daripada penglibatan strategik sejak Februari 2026, yang kini diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan melalui Sabah Sovereign AI Roadmap.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.