KOTA KINABALU | JUMAAT, 30 JANUARI 2026
YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baru Ketua Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.
Program ini menghimpunkan lebih 7,000 penjawat awam negeri Sabah bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Hajiji Hj Noor. Amanat tersebut menjadi suntikan semangat serta panduan penting dalam memperkukuh iltizam perkhidmatan awam sebagai pemacu utama pembangunan negeri.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Jordan Jude Ellron; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Tuan Hassan bin Mahali, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Puan Doria Tai Yun Tyng; Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Tuan Shafaruddin bin Halide.
Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.
Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.