SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Lawatan Kerja YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SKN) SABAH Ke KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KPSTI) SABAH.
Lawatan Kerja YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SKN) SABAH Ke KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KPSTI) SABAH.

KOTA KINABALU | KHAMIS, 9 JULAI 2026

Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi(KPSTI) di Wisma Bandaraya pagi hari ini. Dalam lawatan tersebut, beliau turut diberikan taklimat berkaitan peranan, hala tuju serta inisiatif semasa KPSTI oleh YBhg. Datuk Hassan Mahali, Setiausaha Tetap KPSTI Sabah.

Yang Berhormat Datuk Zainudin bersama rombongan turut berkesempatan meluangkan masa untuk melawat AI Experiential Hub yang terletak di Aras 9. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr. Ahemad bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas).


#kementeriansainsteknologidaninovasisabah #kpsti

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.