SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Kunjungan Hormat Pejabat Pendidikan Daerah Semporna ke Pejabat YB MENTERI KPSTI SABAH
Kunjungan Hormat Pejabat Pendidikan Daerah Semporna ke Pejabat YB MENTERI KPSTI SABAH

PEJABAT MENTERI KPSTI, KOTA KINABALU | JUMAAT, 19 JUN 2026

YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Puan Rozita binti Anjuh, bersama lapan orang pegawai kanan daerah.

Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan pembangunan pendidikan, termasuk usaha memperkukuh kecemerlangan akademik, pembangunan modal insan serta kesejahteraan warga sekolah di daerah Semporna.

Dalam sesi pertemuan tersebut, YB Menteri menegaskan bahawa kejayaan transformasi pendidikan memerlukan kerjasama erat antara Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), PPD, warga pendidik dan komuniti. Beliau turut menekankan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira lokasi, selaras dengan aspirasi *Sabah Maju Jaya*.

#KPSTISabah #SabahMajuJaya

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.