SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Kunjungan Hormat Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah YB Datuk James bin Ratib ke Kementerian Sumber Manusia
Kunjungan Hormat Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah YB Datuk James bin Ratib ke Kementerian Sumber Manusia

Menteri Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Sumber Manusia, YB Ramanan Ramakrishnan, di pejabat beliau di Putrajaya.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa industri sumber manusia melalui latihan serta pembangunan sumber insan.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan pengwujudan sebuah ‘Rehab Centre’ Kementerian Sumber Manusia di Sabah sebagai inisiatif memperkukuh pemulihan, latihan semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja negeri ini.

YB Datuk James Ratib turut mengemukakan cadangan agar lesen majikan tidak diperbaharui sekiranya gagal menyediakan latihan sewajarnya kepada pekerja dan cadangan ini disambut baik oleh YB Menteri Sumber Manusia sebagai langkah memperkukuh budaya latihan berterusan dan meningkatkan daya saing tenaga kerja negara.

Turut hadir ialah Datuk Azman bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; serta Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Dasar & Antarabangsa).

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.