SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

SANKALPA SABAH 2030: FORUM PELAKSANAAN STRATEGIK SMJ 2.0
SANKALPA SABAH 2030: FORUM PELAKSANAAN STRATEGIK SMJ 2.0

KOTA KINABALU | SELASA, 7 JULAI 2026

Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains , Teknologi dan Inovasi Datuk Hassan Mahali telah menghadiri SANKALPA SABAH 2030 di SICC pagi hari kelmarin. Forum Pelaksanaan Strategik Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 tersebut yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam negeri, kementerian, jabatan dan agensi bagi memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan Sabah menuju tahun 2030 telah di lancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin Aman Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Datuk Hassan SUT KPSTI turut menjadi panel bagi sesi Forum “ Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat “ bersama Datuk Mansur Asun dan Tuan Henry Idol manakala Datuk Ramzah Dambul selaku Moderator.

YB Datuk Zainudin dalam ucapan perasmiannya, menyeru seluruh perkhidmatan awam negeri agar mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan, memperkukuh tadbir urus serta melaksanakan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan konsep ‘Review, Keep and Boost’ bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Beliau turut menggesa kementerian dan jabatan mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), penggunaan dashboard untuk menilai keberhasilan serta perkongsian data yang berkesan dalam menyelaraskan pelan strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.