KUALA LUMPUR | JUMAAT, 1 MEI 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib menghadiri jemputan ke Sambutan Hari Pekerja Peringkat Nasional yang berlangsung di Unifi Arena, Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia Malaysia, bersama barisan kepimpinan kerajaan dan wakil-wakil pekerja dari seluruh negara.
Sambutan ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh komitmen kerajaan terhadap kebajikan, kesejahteraan serta masa depan tenaga kerja negara, termasuk di Sabah.
Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.
The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.