WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Mesyuarat Penyelarasan Fungsi KPSTI Bersama Rakan Strategik Berkaitan Pendidikan
Mesyuarat Penyelarasan Fungsi KPSTI Bersama Rakan Strategik Berkaitan Pendidikan

KOTA KINABALU | SELASA, 7 JULAI 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Fungsi Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah bersama rakan-rakan strategik berkaitan sektor pendidikan, bertempat di Bilik Mesyuarat KPSTI, Kota Kinabalu.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi memperkukuh penyelarasan peranan, fungsi serta kerjasama strategik antara KPSTI dan agensi-agensi berkaitan dalam memastikan setiap inisiatif pendidikan di Sabah dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berimpak tinggi.

YB Datuk James Ratib percaya kejayaan agenda pembangunan pendidikan negeri memerlukan komitmen serta sinergi yang kukuh daripada semua pihak. Melalui kerjasama erat ini, kita dapat memperkasakan ekosistem pendidikan Sabah demi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan mampu bersaing pada peringkat global.

YB Datuk James Ratib merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik serta ketua-ketua agensi yang hadir memberikan input, pandangan konstruktif, dan komitmen padu dalam memeta unjuran serta menjayakan aspirasi pendidikan negeri.

#𝐊𝐏𝐒𝐓𝐈 #𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡𝐌𝐚𝐣𝐮𝐉𝐚𝐲𝐚 #𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 #𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 #𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 #𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 #𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.