PUTRAJAYA | KHAMIS, 30 APRIL 2026
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) Bil.1 Tahun 2026 yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, dengan penglibatan barisan Exco Pendidikan Negeri dari seluruh negara bagi membincangkan hala tuju, penyelarasan dasar serta pengukuhan sistem pendidikan negara secara menyeluruh.
Turut sama hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.
Komitmen berterusan melalui platform seperti ini amat penting dalam memastikan agenda pendidikan sentiasa relevan, inklusif dan selari dengan keperluan semasa, khususnya dalam memperkasa pendidikan di Sabah.
Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.
The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.