WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Majlis Sumbangan Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah
Majlis Sumbangan Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, mengiringi Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, bagi menyempurnakan Majlis Sumbangan Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah dan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) Tahun 2026 yang telah sempurna di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Majlis ini menghimpunkan lebih 2,000 pelajar Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di UPSI dan seramai 2,772 orang pelajar Sabah kini menuntut di universiti ini dalam pelbagai jurusan dan ia adalah satu angka yang cukup membanggakan dan mencerminkan kesungguhan anak-anak Sabah dalam menimba ilmu.

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos perjalanan agar para pelajar dapat memfokuskan sepenuhnya kepada kecemerlangan akademik tanpa kekangan kewangan. YB Datuk James bin Ratib menegaskan bahawa usaha ini selari dengan mandat kementerian untuk memperkasa modal insan, memandangkan mahasiswa ini adalah aset masa depan yang akan memacu pembangunan negeri.

Turut hadir ialah Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar; Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas); Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim; Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar; serta Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Encik Azrul bin Ibrahim.

Semoga inisiatif ini terus menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh mahasiswa Sabah untuk terus cemerlang demi negeri tercinta.

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.