WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Majlis Perasmian Penutup Pembangunan Kapasiti Kapten Komuniti E-DESA
Majlis Perasmian Penutup Pembangunan Kapasiti Kapten Komuniti E-DESA

KOTA KINABALU | AHAD, 18 JANUARI 2026

Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah YB Jordan Jude telah mewakili YB Datuk James bin Ratib untuk merasmikan Majlis Perasmian Penutup Pembangunan Kapasiti Kapten Komuniti E-Desa yang telah berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2026 di salah sebuah hotel terkemuka Kota Kinabalu.

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah amat menekankan bahawa transformasi digital bukan sekadar penggunaan teknologi semata-mata. Ia adalah tentang membangunkan kepimpinan digital tempatan, memperkukuh ekosistem inovasi, dan memastikan peluang ekonomi digital dapat diakses oleh semua, terutama komuniti luar bandar. Kementerian bergiat aktif dalam usaha menaik taraf pusat-pusat e desa di Seluruh Sabah, memanjangkan program-program komuniti ke Pusat-Pusat e-Desa melalui SCENIC, dan agensi lain seperti AMC, SATA dan Koperasi Wawasan Rakyat. Kementerian juga dalam usaha menaik taraf jaringan internet melalui Kerjasama Sabah Net.

Turut hadir, YBHG. Tuan Hassan Bin Mahali Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Shafaruddin bin Halide Timbalan Setiausaha Tetap II (KPSTI) , Mohd Lan Muslim, Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC),Tuan Chin Kah Yi Ketua Pegawai Eksekutif Sabahnet, ketua-ketua bahagian serta pengerusi dan AJK 16 buah E-desa.

#edesa
#KPSTI
#Kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah
#sabahmajujaya

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.