WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Majlis Perasmian Konvensyen Transformasi GLC Sabah 2026
Majlis Perasmian Konvensyen Transformasi GLC Sabah 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah merasmikan perasmian Konvensyen Transformasi GLC Sabah 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC),

Konvensyen ini merupakan platform strategik yang mencerminkan komitmen jitu Syarikat Milik Kerajaan (GLC) Negeri Sabah untuk melaksanakan perubahan secara terancang, strategik dan berimpak tinggi demi masa depan negeri.

Selain itu, GLC Sabah kini bukan lagi sekadar entiti sokongan, sebaliknya telah berkembang sebagai jentera strategik utama pembangunan negeri. Keupayaan GLC untuk bergerak pantas, berdaya saing, dan sentiasa adaptif terhadap perubahan global akan menjadi faktor penentu utama kepada hala tuju serta kemajuan ekonomi Sabah secara keseluruhannya.

Oleh itu, Transformasi yang sebenar bukan bersifat kosmetik, tetapi melibatkan perubahan cara berfikir, membuat keputusan dan memikul amanah rakyat. Fokus utama transformasi ini merangkumi pembangunan modal insan, penerapan digital, automasi dan kecerdasan buatan yang beretika, serta pemerkasaan TVET dan STEM bagi menyediakan tenaga kerja masa depan Sabah.

Akhir Sekali, Beliau mengingatkan bahawa aspirasi Sabah Maju Jaya bukan sekadar slogan Semata-mata, tetapi satu komitmen bersama yang perlu diterjemahkan melalui pelaksanaan berkesan dan impak nyata kepada rakyat.

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.