KOTA KINABALU |SABTU, 8 OGOS 2026
KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Konvokesyen Ke-4 University College Sabah Foundation (UCSF) yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Canselor UCSF, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). YB Datuk James Ratib merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh graduan atas kejayaan membanggakan yang terhasil daripada usaha, disiplin, serta pengorbanan berterusan sepanjang tempoh pengajian. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para ibu bapa, keluarga, dan warga akademik UCSF atas sokongan padu yang diberikan dalam mendidik generasi muda Sabah.
Dalam pada itu, YB Datuk James Ratib menegaskan bahawa institusi pendidikan tinggi seperti UCSF memikul peranan amat kritikal dalam melahirkan modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi, serta menguasai ilmu sains, teknologi, dan inovasi demi memacu pembangunan negeri. Beliau berharap para graduan bukan sekadar menjadi pencari kerja, sebaliknya berani mencipta peluang baharu, membangunkan inovasi, serta menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi mampan. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) kekal komited menyokong pemerkasaan pendidikan tinggi bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing global demi menjayakan aspirasi Sabah Maju Jaya.
#𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧𝐔𝐂𝐒𝐅𝟐𝟎𝟐𝟔
#𝐔𝐂𝐒𝐅
#𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
#𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
#𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐃𝐚𝐧𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢
#𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡𝐌𝐚𝐣𝐮𝐉𝐚𝐲𝐚
Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.
The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.