WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN JPSM KE 36
MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN JPSM KE 36

KOTA KINABALU | SELASA, 23 JUN 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah Kali Ke-36.

Seramai 146 graduan** menerima sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal. YB Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang membuktikan komitmen, disiplin dan kesungguhan dalam membina kompetensi untuk memenuhi keperluan industri.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan agenda strategik Kerajaan Negeri dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memacu pembangunan ekonomi Sabah. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) akan terus memperkukuh ekosistem TVET bagi memastikan anak-anak Sabah mendapat akses kepada latihan kemahiran yang berkualiti, relevan dan memenuhi kehendak industri.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri KPSTI Sabah, YB Tuan Jordan Jude Ellron; Setiausaha Tetap KPSTI Sabah, YBhg. Datuk Haji Hassan bin Mahali; serta Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah, Dr. Kamsiah Ibrahim.

Tahniah kepada seluruh graduan ILTP JPSM Sabah dan syabas kepada warga JPSM atas kejayaan penganjuran majlis ini. Semoga terus melahirkan tenaga kerja mahir yang menyumbang kepada kemajuan Negeri Sabah selaras dengan aspirasi **Sabah Maju Jaya.

#KPSTISabah #SabahMajuJaya #TVET #JPSM #ILTP

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.