WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Lawatan Rasmi YB Datuk James bin Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ke SK Bawang K9, Tangkarason Paitan
Lawatan Rasmi YB Datuk James bin Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ke SK Bawang K9, Tangkarason Paitan

Lawatan Rasmi YB Datuk James bin Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ke SK Bawang K9, Tangkarason Paitan bagi meninjau kerosakan kritikal yang dialami sekolah tersebut akibat bencana banjir. Hasil tinjauan mendapati hampir 90 peratus kemudahan serta peralatan sekolah telah musnah sepenuhnya, termasuk kerosakan teruk pada bilik pusat sumber, tandas, dan bilik mesyuarat. Situasi lebih membimbangkan apabila 10 buah tangki simpanan air dilaporkan hilang akibat dihanyutkan arus deras, dan juga menjejaskan infrastruktur asas sekolah tersebut secara keseluruhan.

Berdasarkan penilaian awal, SK Bawang K9 memerlukan bantuan segera merangkumi 200 set meja dan kerusi murid, 30 set meja dan kerusi guru, serta kelengkapan perabot untuk bahagian pentadbiran. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP), kerosakan melibatkan sembilan buah kelas yang memerlukan penggantian papan putih serta unit Smart TV yang baharu. Selain itu, keseluruhan bekalan buku teks di stor telah musnah, manakala aset digital melibatkan 30 buah laptop dan lapan set komputer pelajar tidak lagi dapat digunakan, sekali gus melumpuhkan sementara aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi di sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, YB Datuk James bin Ratib menyeru Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) agar menyalurkan bantuan kecemasan dengan kadar segera bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan tanpa berlengah. YB Datuk James bin Ratib juga meminta semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memaklumkan dengan kadar segera sekiranya berlaku situasi seumpama ini di kawasan masing-masing supaya tindakan pantas dapat diambil.

Keutamaan kita adalah memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak tidak terjejas dan kebajikan warga sekolah sentiasa dipelihara.

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.