KOTA KINABALU | KHAMIS, 11 JUN 2026
Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, Puan Doria Tai Yun Tyng, diiringi pegawai-pegawai kementerian telah mengadakan kunjungan hormat ke Gamuda AI Academy KK Campus bagi meninjau kemudahan latihan serta mendapatkan pendedahan mengenai program pembangunan kemahiran dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) yang dilaksanakan oleh institusi tersebut.
Sepanjang lawatan, delegasi turut diberi taklimat mengenai pendekatan pembelajaran, pembangunan bakat digital serta aplikasi teknologi AI dalam menyokong keperluan tenaga kerja masa hadapan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPSTI untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa serta memahami inisiatif pembangunan bakat yang menyokong agenda transformasi digital di negeri Sabah.
#KPSTISabah #SabahMajuJaya #ArtificialIntelligence #TransformasiDigital #DigitalTalent
Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.
The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.