KOTA KINABALU | 18 JUN 2026, KHAMIS
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin bagi pembentangan laporan penuh pencapaian keputusan STPM 2025 Negeri Sabah.
Tahniah kepada seluruh calon STPM 2025, para guru, pentadbir sekolah serta ibu bapa atas kejayaan yang membanggakan. Prestasi Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) meningkat daripada 2.77 (2024) kepada 2.78 (2025), dengan 158 calon memperoleh PNGK 4.00 berbanding 146 orang pada tahun sebelumnya, manakala kadar kelulusan penuh mencapai 98.87%.
Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri turut menegaskan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai agenda strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan daya saing generasi muda Sabah di peringkat global. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah disaran memperkukuh program intervensi yang lebih proaktif dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri melalui KPSTI.
Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan Sabah yang holistik, berdaya saing dan selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.
#SabahMajuJaya #KPSTISabah #STPM2025 #PendidikanSabah
Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.
The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.