WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

ASTROPIKNIK: Juraian Meteor PERSEIDS 2026
ASTROPIKNIK: Juraian Meteor PERSEIDS 2026

Tegudon Tourism Village (TTV), Kota Belud I Rabu, 12 Ogos 2026

Yang Berbahagia Datuk Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Astropiknik: Juraian Meteor Perseids 2026 di Tegudon Tourism Village, Kota Belud.

Program selama dua hari ini menghimpunkan lebih 600 murid, guru dan komuniti setempat, selain mendapat sambutan lebih 2,000 penonton secara dalam talian.

Program ini bertujuan meningkatkan minat dan literasi STEM, khususnya dalam bidang astronomi dan sains angkasa, melalui pengalaman cerapan secara langsung serta aktiviti pembelajaran interaktif.

Antara pengisian utama termasuk cerapan Juraian Meteor Perseids, pengiraan meteor, astrofotografi Bima Sakti, cerapan Matahari, Mini Planetarium, pameran STEM dan persembahan sains interaktif.

Turut hadir ialah Datuk Md. Hanafiah bin Md. Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas); Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat; Prof. Madya Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah; Encik Mohd Zamri Shah Mastor, Pengarah Planetarium Negara; serta SR Shaffri bin Baudin, Pengarah Ukur Topografi Sabah.

Astropiknik 2026 — Meneroka langit, mencetus inspirasi, membina generasi STEM!

#Astropiknik2026 #Perseids2026 #TegudonTourismVillage #STEMSabah #Astronomi #KotaBelud #SabahMajuJaya

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.