WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

MESYUARAT MEXCO-STI BILANGAN 1 TAHUN 2026
MESYUARAT MEXCO-STI BILANGAN 1 TAHUN 2026

PULAU PINANG | KHAMIS 7 Mei 2026

YB Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah menghadiri Mesyuarat MEXCO-STI Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 52, Bangunan KOMTAR Pulau Pinang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Chang Lih Kang ini menghimpunkan wakil kerajaan negeri dan pemegang taruh dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi membincangkan hala tuju pembangunan teknologi negara serta memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.

Turut diadakan lawatan kerja serta sesi perbincangan berkaitan usaha memperkasakan ekosistem inovasi, pembangunan bakat teknologi, transformasi digital dan agenda kecerdasan buatan (AI) demi memastikan Malaysia terus kompetitif di peringkat global.

Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi akan terus komited memperkukuh agenda pendidikan, sains, teknologi dan inovasi selaras aspirasi Sabah Maju Jaya serta pembangunan modal insan masa depan negeri.

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.