WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Working Visit of Sabah Minister of Education, Science, Technology and Innovation, YB Datuk James Ratib to Kinabalu International School
Working Visit of Sabah Minister of Education, Science, Technology and Innovation, YB Datuk James Ratib to Kinabalu International School

KOTA KINABALU | JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah mengadakan lawatan kerja ke Kinabalu International School (KIS), Kota Kinabalu, baru-baru ini. Lawatan ini memberi ruang kepada beliau untuk bertukar pandangan bersama Pengetua KIS, Encik Sam Gipson, serta barisan tenaga pengajar dan pihak pengurusan sekolah mengenai perkembangan ekosistem pendidikan, persekitaran pembelajaran, serta hala tuju pendidikan antarabangsa di Negeri Sabah.

YB Datuk James Ratib merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan KIS atas sambutan mesra dan kerjasama erat yang diberikan sepanjang lawatan tersebut. Beliau berharap jalinan hubungan positif dan kolaborasi strategik ini dapat terus diperkukuh demi menyokong agenda pemantapan pendidikan serta pembangunan modal insan berkualiti tinggi di Sabah, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya menerusi Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI).

(Foto ihsan: Kinabalu International School (K.I.S))
#kpsti #kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.