WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Sabah 1448H/ 2026M
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Sabah 1448H/ 2026M

KOTA KINABALU | SELASA, 25 OGOS 2026

Kontinjen Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah bersama jabatan di bawah naungannya telah menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Sabah 1448H/ 2026M yang berlangsung meriah di Kota Kinabalu pada Selasa baru – baru ini. Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ini telah dihadiri ribuan peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk jabatan kerajaan, agensi swasta, institusi pendidikan, badan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tema sambutan tahun ini, “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, menekankan kepentingan memperkukuhkan nilai ukhuwah, kasih sayang, integriti serta tanggungjawab sosial dalam kalangan umat Islam untuk membentuk masyarakat yang harmoni, berilmu dan berakhlak mulia. Semoga dengan sambutan ini, terhasil wadah penting dalam menghayati sirah Rasulullah S.A.W serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Sains Teknologi Dan Inovasi Negeri Datuk Mahali Hassan turut menyertai perarakan dari Padang Bandaran menuju ke SICC.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah ini telah di sempurnakan oleh Tun Musa Aman Tuan Yang Terutama Negeri Sabah. Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor barisan Menteri dan Pembantu Menteri serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.