SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Bengkel Pelan Tindakan Pengukuhan Pasaran Buruh Negeri Sabah 2026
Bengkel Pelan Tindakan Pengukuhan Pasaran Buruh Negeri Sabah 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, menegaskan bahawa Negeri Sabah perlu menyelaraskan pembangunan pasaran buruh dengan kemajuan pendidikan, teknologi, dan inovasi bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang relevan dengan keperluan industri masa hadapan.

YB Datuk James bin Ratib, telah tekankan Perkara ini bahawa Pengukuhan pasaran buruh perlu digerakkan secara menyeluruh melalui pembangunan bakat, penguasaan teknologi serta sistem pendidikan yang responsif terhadap keperluan industri. Penyelarasan TVET, program reskilling dan upskilling, serta penggunaan platform MYFutureJobs juga penting bagi meningkatkan padanan pekerjaan dan kemahiran graduan Sabah. ketika menyampaikan ucapan sempena Bengkel Pelan Tindakan Pengukuhan Pasaran Buruh Negeri Sabah 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Turut hadir Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia Malaysia, serta Asri Abdul Rahman dari Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.