Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, YB Datuk James Ratib telah mengadakan lawatan ke Hab Kecerdasan Buatan (AI) di kementerian tersebut yang terletak di Wisma Bandaraya, sebagai tanda komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa agenda transformasi digital.
Studio ini merupakan hab AI pertama di Sabah dan diharapkan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan serta inovasi digital, seterusnya memperkukuh ekosistem teknologi negeri ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Penubuhan studio ini turut dilihat berpotensi membuka lebih banyak peluang dalam pembangunan bakat tempatan, penyelidikan berimpak tinggi serta memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa inisiatif ini mampu membawa Sabah ke hadapan sebagai antara peneraju dalam bidang teknologi dan inovasi di Malaysia.
Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.
Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.