SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Daerah Sandakan.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Daerah Sandakan.

Pertemuan strategik ini telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif dalam usaha memperkukuh kecemerlangan pendidikan menengah di daerah Sandakan, serta kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

YB Datuk James bin Ratib menzahirkan penghargaan atas komitmen para pengetua sebagai penggerak utama transformasi pendidikan di sekolah. Beliau berharap agar kerjasama erat ini terus diperkukuh demi memastikan agenda pembangunan modal insan di Sabah,

Delegasi PPSMS Daerah Sandakan tersebut diketuai oleh pengerusinya, Encik Malaim bin Gumbina (Pengetua SMK Libaran), dan turut disertai oleh Encik Fazman Mohd Yatim (Timbalan Pengerusi / Pengetua SMK Batu Sapi), Puan Latipah Tahir (Setiausaha / Pengetua SMK Taman Fajar), serta Puan Felicia Michael Asang (Bendahari / Pengetua SMK St. Michael).

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.