SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Beluran Bilangan 1/2026
Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Beluran Bilangan 1/2026

KUNDASANG | KHAMIS, 4 JUN 2026

MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH BELURAN BILANGAN 1/2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib telah menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Beluran Bilangan 1/2026 yang berlangsung di Heritage Hall, Hotel Perkasa Mt. Kinabalu, Kundasang.

Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuh tadbir urus pihak berkuasa tempatan serta membincangkan pelbagai agenda pembangunan daerah, penyampaian perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat, khususnya di daerah Beluran.

Perbincangan yang diadakan turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah, selain memperkukuh pelaksanaan program pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

Komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan perkhidmatan kerajaan yang cekap, responsif dan berintegriti amatlah dihargai, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan daerah.

Diharapkan segala keputusan serta tindakan susulan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini akan terus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat di daerah Beluran.

#SabahMajuJaya
#KPSTI
#DaerahBeluran

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.