SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James bin Ratib, telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga KPSTI Sabah yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima APC dan berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, integriti serta kecemerlangan perkhidmatan awam.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan agenda pendidikan, sains, teknologi dan inovasi negeri bergantung kepada kerjasama, profesionalisme dan semangat inovasi seluruh warga kementerian dalam merealisasikan aspirasi Negeri Sabah

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada Majlis APC Tahun 2025.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pembantu Menteri KPSTI Sabah, YB Tuan Jordan Jude; Setiausaha Tetap KPSTI Sabah, YBhg. Datuk Hassan bin Mahali; barisan kepimpinan kanan kementerian; Pengarah-Pengarah Jabatan; serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif agensi di bawah KPSTI Sabah.

#APC2025 #KPSTISabah #SabahMajuJaya #PerkhidmatanCemerlang

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.