SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Kunjungan Hormat MCMC Bersama Wakil Syarikat Telco Kepada MENTERI PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH
Kunjungan Hormat MCMC Bersama Wakil Syarikat Telco Kepada MENTERI PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

KOTA KINABALU | ISNIN, 22 JUN 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama wakil-wakil syarikat telekomunikasi (TELCO) bagi membincangkan usaha memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan memperluaskan liputan rangkaian digital di seluruh Negeri Sabah.

Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri menegaskan bahawa kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, MCMC dan industri telekomunikasi amat penting bagi merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat Sabah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, menikmati akses internet yang stabil, berkualiti dan menyeluruh.

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) akan terus memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan inisiatif pemerkasaan prasarana digital bagi memperkasa agenda pendidikan, inovasi dan ekonomi digital negeri, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Turut hadir Pengarah MCMC Negeri Sabah, Puan Ratnawaty binti Talib, bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat telekomunikasi.

#KPSTISabah #SabahMajuJaya #MCMC #DigitalSabah #Telekomunikasi

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.