SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Bengkel Creative Spark Design Thinking
Bengkel Creative Spark Design Thinking

KOTA KINABALU | RABU, 5 OGOS 2026

Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah telah menganjurkan Bengkel Creative Spark Design Thinking dengan kerjasama Satu Creative sebagai salah satu inisiatif memperkukuhkan budaya inovasi, kreativiti dan pemikiran berasaskan reka bentuk dalam kalangan warga kementerian.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendekatan ‘Design Thinking’ yang berfokus kepada pemahaman keperluan pengguna, mengenal pasti cabaran sebenar, menjana idea inovatif serta membangunkan penyelesaian yang lebih berimpak melalui kaedah kolaboratif dan berstruktur.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen KPSTI Sabah dalam memperkasakan warga kementerian dengan pendekatan pemikiran inovatif bagi menyokong agenda transformasi digital, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta pembangunan penyelesaian yang berorientasikan rakyat.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap I KPSTI, Puan Doria Tai Yun Tyng, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Inovasi Digital, Puan Ila Fadilah, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Infrastruktur ICT & EGS, Encik Abil bin Songping, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian TVET dan Pemantauan Projek, serta pegawai-pegawai kementerian.

#KPSTI #kementerianpendidikansainsteknologidaninovasisabah

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.