TAWAU | Sabtu, 8 ogos 2026.
Yang Berbahagia Puan Ila Fadilah binti Harun Ketua Penolong Setiausaha, BID Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, bersama beberapa orang Pegawai KPSTI telah hadir Selaku juri di program Sabah Creative X 2026 Zon Tawau yang berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau pada 8 ogos 2026.
Ianya adalah suatu program Kementerian pendidikan sains, teknologi dan Inovasi Sabah vana dilaksanakan oleh SCENIC dengan kolaborasi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau.
Program ini bertuiuan untuk mencungkil dan mengiktiraf potensi inovasi tempatan dalam kalangan usahawan, syarikat pemula, penyelidik, inovator, serta warga akademik.
Pertandingan ini menyediakan ruang komprehensif bagi peserta untuk membentangkan cadangan penyelesaian berimpak tinggi, meluaskan jaringan strategik bersama penggiat industri, serta memenangi insentif pembangunan dengan Hadiah Utama bernilai RM50,000 dan ganjaran keseluruhan bernilai RM200,000. Pemenang peringkat wilayah ini bakal mewakili Tawau ke Pentas Akhir Sabah Creative X.
23 kumpulan telah menertai pertandingan ini dengan bertujuan untuk membentangkan hasil inovasi mereka untuk membawa diri mereka ke pusingan akhir.
Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.
Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.