SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Galeri Foto

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib Telah Menerima Kunjungan Hormat daripada Rombongan SMK Taun Gusi II, Kota Belud
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib Telah Menerima Kunjungan Hormat daripada Rombongan SMK Taun Gusi II, Kota Belud

KOTA KINABALU | ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan SMK Taun Gusi II, Kota Belud, yang diketuai oleh Pengetua sekolah, Tuan Soo Yong Huat, bertempat di pejabat rasmi beliau. Pertemuan ini memberi ruang perbincangan yang membina untuk bertukar pandangan secara terperinci mengenai perkembangan semasa, isu prasarana, serta keperluan mendesak sektor pendidikan di peringkat sekolah menengah demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Turut menyertai delegasi tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbiran serta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Taun Gusi II. YB Datuk James Ratib merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kunjungan ini dan menzahirkan komitmen bahawa Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) sentiasa prihatin serta bersedia memberi sokongan padu kepada institusi sekolah dalam memajukan agenda pendidikan dan sahsiah anak-anak Sabah, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.