KOTA KINABALU | ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026
KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Tenaga Kerja Sabah, YBrs. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria, bersama-sama barisan delegasi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah bertempat di pejabat beliau. Kunjungan ini menjadi medan perbincangan strategik bagi memperkukuh penyelarasan serta sinergi antara Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) dan JTK Sabah dalam aspek pembangunan pasaran kerja, pemantapan kemahiran modal insan, serta kebajikan tenaga kerja di Negeri Sabah.
Turut hadir bersama menyertai delegasi tersebut ialah Timbalan Pengarah Tenaga Kerja, Tuan Baharuddin bin Mamat; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Nor Zulhilmie bin Mohd Salleh; serta Ketua Penolong Pengarah, Encik Augustine Wong Ming Kong. YB Datuk James Ratib merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan menzahirkan keyakinan bahawa kolaborasi berterusan antara kedua-dua pihak akan membolehkan pelbagai inisiatif impak tinggi dirangka demi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti serta memacu pembangunan sosioekonomi rakyat, selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya.
Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.
Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.