Cadangan Penubuhan MaPTIS telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada 01 September 2021 bertujuan untuk:
Memastikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai ‘enabler’ kepada sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian bagi menjayakan misi Sabah Maju Jaya;
Membantu KSTI mengukuhkan fungsi dan peranannya dalam merangka dasar, strategi, latihan berteknologi tinggi dan program pembangunan STI; dan
Sebagai pembuat keputusan dan memberi mandat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk melaksanakan hal ehwal yang berkaitan STI.
Kuasa Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) adalah seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Kabinet Sabah pada 1 September 2021. Majlis ini mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya atau pelaksanaan tugas dan arahan. Perkara 95B Perlembangaan Persekutuan menyatakan untuk Sabah dan Sarawak, Item 14 dari Senarai IIA dalam Jadual Kesembilan akan dianggap sebahagian daripada senarai Negeri.
Oleh itu, mengikut item 14, Pemerbadanan pihak berkuasa oleh Kerajaan Negeri melalui undang-undang negeri adalah dibenarkan selagi fungsi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah tidak melampaui kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Senarai I Perkara 12 (b) & (c) dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan.
Merangsang dan mempermudahkan pembangunan penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Sabah;
Mengkoordinasi, memantau dan membantu pengembangan penyelidikan yang dilakukan oleh jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat berkaitan Kerajaan dan Badan bukan Kerajaan (NGOs) selain daripada menjadi medium jalinan kerjasama dan komunikasi di antara mereka;
Mempromosikan dan mengekalkan persekitaran yang kondusif seperti berikut:
Mempromosikan pendidikan dalam penyelidikan saintifik dan teknologi.
Tujuan Terma Rujukan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah adalah untuk memberi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan tugas masing-masing dalam MaPTIS.
Sebarang pertanyaan, cadangan & aduan mengenai Mesyuarat Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) boleh menghubungi:
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBUDAYAAN SAINS (PPS)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Aras Bawah, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama,
88000 KOTA KINABALU, SABAH
Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.
Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.