SELAMAT DATANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Keratan Akhbar

Sabahmedia – DUN Sabah : KSTI laksana pelbagai program outreach berkaitan STEM
Kpsti sedia Stem
Sabahmedia - DUN Sabah : KSTI laksana pelbagai program outreach berkaitan STEM

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah berjaya melaksanakan beberapa program outreach khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun ini.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara program yang telah dilaksanakan adalah  Program Kembara Sains Borneo Siri satu di Kota Marudu, Pitas dan Kudat.

“Selain itu, turut diadakan adalah Kembara Sains Borneo Siri dua di Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan ternasuk  STEM FIESTA di semua daerah. Turut dilaksanakan ialah Program Outreach STEM luar bandar; dan Mini Teater STEM di Beaufort,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Jaffari aliam [ADUN Dilantik] pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Artikal Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2024/01/1201745/ums-hasilkan-10-buku-tactile-stem-braille-bagi-pelajar

Mulakan Perjalanan Inovasi Anda Hari Ini!

Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.

Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

© 2026 Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Hak cipta terpelihara.