WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Pra-Mesyuarat Pembentangan Pelaksanaan Latihan Kecerdasan Buatan (AI)
Pra-Mesyuarat Pembentangan Pelaksanaan Latihan Kecerdasan Buatan (AI)

YB Datuk James bin Ratib Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah mempengerusikan Pra-Mesyuarat Pembentangan Pelaksanaan Latihan Kecerdasan Buatan (AI) kepada para pensyarah serta warga Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kementerian Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keupayaan tenaga pendidik dalam memahami serta mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam era pendidikan yang semakin dipacu teknologi, guru bukan sahaja perlu menguasai kandungan pembelajaran, tetapi juga keupayaan memanfaatkan teknologi baharu bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu.

Latihan AI kepada IPG Sabah ini merupakan langkah strategik untuk memastikan bakal guru dan pendidik kita sentiasa bersedia menghadapi perubahan landskap pendidikan, sekali gus memperkukuh ekosistem pendidikan digital di negeri Sabah.

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi Sabah komited untuk terus memperluas inisiatif berkaitan pendigitalan pendidikan, selari dengan usaha melahirkan generasi yang celik teknologi, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.