WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF THE MINISTRY OF EDUCATION, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION OF SABAH

Photo Gallery

Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2026
Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2026

PUTRAJAYA | ISNIN, 11 MEI 2026

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, YB Datuk James Ratib telah menghadiri Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Persidangan, Aras 1, Blok Timur, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menegaskan kepentingan pembangunan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi berteraskan ilmu sebagai pemacu utama dalam memperkukuh daya saing negara di peringkat global.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I), pembangunan bakat STEM, pemerkasaan teknologi baharu serta pengukuhan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi memastikan pembangunan negara yang lebih progresif, berdaya tahan dan mampan.

Sabah kekal komited untuk memainkan peranan aktif dalam memperkasa agenda sains, teknologi dan inovasi negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

#MalaysiaMADANI
#SabahMajuJaya
#KPSTISabah
#MajlisSainsNegara

Start Innovation Journey You Today!

Join KPSTI's programs and initiatives in empowering education, science, technology and innovation for a more progressive future for Sabah.

The official KPSTI portal provides the latest information on education, science, technology, innovation, programs, services and government initiatives to drive progress and well-being of the people of Sabah.

© 2026 Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation. All rights reserved.