
PENAMPANG: Industri buku negara menghadapi pelbagai cabaran khususnya berkaitan kos penerbitan yang semakin meningkat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peningkatan kos penerbitan buku turut melibatkan kos bahan percetakan, urusan percetakan dan kos sewaan kedai buku.
Katanya, implikasi dari keadaan itu dapat dilihat apabila beberapa kedai buku utama di Malaysia menamatkan operasi.Justeru beliau berkata, dengan adanya penganjuran Pesta Buku Sabah diharap dapat memberi peluang kepada para penerbit untuk memasarkan dan mempromosikan buku-buku mereka.
Di samping itu jelasnya, ia dapat menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Artikal Penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2023/10/26/kos-penerbitan-meningkat-cabaran-industri-buku-negara
Sertai program dan inisiatif KPSTI dalam memperkasa pendidikan, sains, teknologi dan inovasi demi masa depan Sabah yang lebih progresif.
Portal rasmi KPSTI menyediakan maklumat terkini mengenai pendidikan, sains, teknologi, inovasi, program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi memacu kemajuan serta kesejahteraan rakyat Sabah.